Monday, September 25, 2017

TAK DAN NAK PI MANA

Sambung sikit cerita Brunei

Pembangunan Brunei tak pesat sangat
masih banyak kawasan hijau
masjid depa cantik cantik
kubah masjid salut emas... kaya sungguh..

Masjid kat kampung air, kubah dia nampak emas kan..




Kami tak pi mana sangat pun 
pi kampung air ja..
tak sempat sebab banyak jemputan makan
dinner, breakfast, brunch, lunch, dinner

Jeti nak ke kampung air





Batu di kiri tu kononnya kapal Nakhoda Manis yang jadi batu  macam cerita Tanggang


Kat Brunei semua jemputan kena sampai
baru boleh start makan
makan asing lelaki pompuan
depa memang ada 2 area makan 
3 rumah kami pegi semua macam tu..
& depa style buffet atoq kerusi keliling
makanan depa macam kita jugak
asam pedas, kari, rendang, pajeri nenas
ada gak la chinese & western 

Kuih lain sikit..
ni wajik temburong, tapai & apa tah nama satu lagi tu, macam dodol tapi rasa rempah sikit


Sebab tak jalan mana 
belanja pi Brunei B$11.50 ja..
masa 1st day ja beli nasik campuq
2 orang B$5.00., jus 2 B$6.00
ayaq mineral 1.5L B$0.50

B$11.50 tu tak masuk tiket la..

hotel ada orang tolong bayaq
pi jalan depa bawak free
naik bot kampung ayaq 
ada yang belanja
kuih2 & ole2 pun ada yang bagi 

Kira ni perjalanan paling jimat...
3 hari 2 malam belanja B$11.50

Ooo.. sebelum terlupa 
kalau sapa sapa pi Brunei 
try la roti canai kat airport
Cafe Royal Brunei punya..
sedap roti canai dia
roti canai tu pun orang belanja jugak
masa kami dah nak balik..

Alhamdulillah... rezeki murah di Brunei

27 comments:

  1. kubah daripada emas? perghhh
    kalau tempat kita apa jd agaknya ye
    besi penutup longkang pun boleh kena curi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makchaq pun terfikir macam irfa jugak..

      Delete
  2. Wow perbelanjaan melancong yang paling murah ya mak chaq...
    Bestnya ada yang bayarkan..
    Alhamdulilah murah rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah....
      Tapi harap2nya bila diaorang berkunjung ke sini ada la peluang untuk belanja depa pulak..

      Delete
  3. Amboi mkchaq muah rezeki sungguh .semua org belanja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...

      Harap2 kami dapat belanja depa pulak bila depa mai sini

      Delete
  4. Brunie ni memang negara kaya kan..tak mustahil la pi sana pun smua org blanja.hahaha tp betui la melumpah rezeki makchaq..dpt p jalan smp brunei kluaq duit sikit ja..betui2 rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Brunei memang negara kaya, tapi penduduk dia ada jugak ug sederhana.. macam kat kampung ayaq tu, rumah papan biasa2 ja..
      tapi tak tau la dalam rumah depa macam mana..
      Kalau yang bukan rumah air tu, memang besaq2 rumah depa..

      Rezeki memang x dijangka...

      Delete
  5. seronoknya makchaq semua di belanja... lenkali makchaq jln2 lg lah brunei, jjcm pulak kali nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Kalau ikut perasaan sekarang memang tak terfikir la nak pi sana lagi...
      Tapi kita hanya merancang...

      Delete
  6. Bilalah nak dapat berjalan semua org belanja na ....
    Makcahaq ni semua org belanja pun malas nak berjalan ikut Pakchaq hihi....
    Cantik na masjid depa...putih bersih rasa aman damai ja...
    Bilalah agaknya dapat makan roti canai kat Airport Brunei tu Makcahq oii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah.. selalu jalan kan pak Jilap belanja..
      Memang cantik2 dan mewah2 masjid depa, bangunan pejabat2 kerajaan dia pun cantik2.. negara kaya..

      Boleh la try cari flight AA free seat tu.. pi makan roti canai balik hari..

      Delete
  7. nampak unik dan sedap jer wajik temburung tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap jugak kat tekak orang lama.. orang muda2 memang x suka makanan macam ni..

      Tapi makchaq rasa depa guna beras biasa, bukan beras pulur

      Delete
  8. Awas maqcak. Makan tu hati2.. Nanti sampai sini orang terperanjat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha...
      Tapi makan kat tempat orang sopan santun.. nak tambah pun malu2

      Delete
  9. Mak Chaq, tiket pi sana brp rm?crita la sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. makchaq tak tanya pulak berapa harga tiket,
      Tapi kalau beli awai dlm rm250 kot

      Delete
  10. bestnya pi brunei? jumpa prince mateen tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tua2 prince mateen x teringin nak jumpa...

      p.s.
      Kawan anak makchaq jadi tukang masak prince marteen kat istana Brunei

      Delete
    2. hahah, heart throb anak gadis malaysia tu. saya pun takla suka pun.

      Delete
  11. Bestnya mak chaq..
    Pi Brunei ada yg belanja..
    Duit depa tinggi juga kan makchaq..

    Teringin nak gi kg air tu..
    Dulu gi Brunei sbb transit nak gi umrah..
    Yg masjid tu gi lah..
    Aman damai sungguh Brunei ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki...
      Harap2 kami pun dapat peluang belanja depa bila depa mai sini nanti..

      Memang nampak aman ja la.. penempatan pun tak banyak.. banyak dok rumah atas ayaq kot.. tu yg atas darat x ramai..

      Siap sekolah, balai polis, balai bomba semua atas ayaq tu...

      Delete
  12. pada saya kemajuan bukan bermakna bangunan tinggi atau kenderaan mewah.

    kemajuan bererti sikap penduduk yang matang, pemerintahan yang adil dan yang penting syiar islam boleh dilihat dari atas hingga ake bawah...

    ReplyDelete
  13. Teruja membaca entry ni Makchaq.

    ReplyDelete