Friday, November 12, 2010

Tak cukup tangan

Dua hari lepas (Rabu) tengah makchaq dok rilex2 buat statistik masuk email dari PA boss besaq.  
Mana Statistik?
Statistik? bila meeting? Makchaq balas email dia 
Petang ni. Balas PA boss besaq.

Hah.. apa lagi tak cukup tangan la mak chaq. Tau dah dekat pukul 11pg meeting petang. Benda belum siap. Selalunya sehari sebelum meeting dah siap tinggal nak touch up saja, ni data pun tak lengkap lagi.  
Culprit nye PA boss makchaq (boss kecik sikit dari boss besaq). Dia telupa nak inform mak chaq tarikh meeting. Dia dpt tau 2/11, dia ingat dia dah bagi tau.

Masaalahnya meeting tu tak tentu tarikh, (ikut kelapangan boss besaq kot) dan officer kat tempat makchaq pulak selagi kita tak remind ada meeting depa slow and steady je. Bila esok nak meeting beru kelam kabut nak update data.  Data ni pulak nak kena transfer kedlm bentuk presentation. tu yang kelibut makchaq dibuatnya.

Nasib baik sempat siap. Tak makan la hari tu. Tu pun lagi 1 jam nak meeting baru siap.  Kawan2 sebilik makchaq suruh makchaq sound sikit kat PA boss makchaq tapi mak chaq ni semenjak dah veteren ni rasa nak marah tu dah kurang. W/p kadang2 geram jugak dengan budak2 kecik(muda) kat opis ni tapi rasa depa macam anak2 kita pulak.  Budak2 memang akai tak panjang jadi ada saja la yang tak semenggah dibuatnya. Tambah kalau tengah bercinta semua lupa, kerja pun tak jalan.

Yang untung dengan sifat kurang nak marah makchaq ni baby makchaq la.  Dia buat apa pun tak rasa nak marah dah. sayang... anak mak... (macam tok ngan nenek jaga cucu gitu...).  Itu yang buat kakak atas dia kadang2 hot tu. 

Dah tu dak buat macam mana kan, fitrahnya macam tu, makin tua makin penyabaq... ape-ape pun wak saberr 
entahla..


No comments:

Post a Comment